Upcoming Events / Activities
Upcoming Events / Activities
PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE 18 TAHUN 2012 - PERINGKAT SARINGAN
28 APRIL 2012
7:45 PAGI HINGGA SELESAI
PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE 18 TAHUN 2012 - PERINGKAT SARINGAN
28 APRIL 2012
7:45 PAGI HINGGA SELESAI
Monday, 5 April 2010
Tuesday, 16 March 2010
Undangan Persembahan Gulingtangan di Sekolah Rendah Kampong Menengah
Pasukan Gulingtangan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah menerima undangan dari Sekolah Rendah Kampong Menengah untuk memeriahkan keberangkatan Bercemar Duli Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengurniakan geran-geran tanah bagi Mukim Lamunin dan Tanjung Maya. Majlis berlangsung pada 29 Rabiulawal 1431 / 15 Mac 2010, hari Isnin.Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Rendah berkenaan bermula pada jam 8.45 pagi. Selesai majlis pengurniaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan melawat sekitar sekolah berkenaan dan berpeluang menyaksikan secara dekat persembahan gulingtangan dari pasukan Gulingtangan Sekolah.
Monday, 8 March 2010
Acara 3 dalam 1 - (Sambutan Hari Kebangasaan, Penyampaian hadiah pelajar cemerlang 'O' level dan PMB, dan Penyampaian lencana prefek)
Wednesday, 25 November 2009
KAMI JUARA!





Harapan yang dicurahkan DIPENUHI, peluang yang ada diAMBIL, janji untuk menang DIGENGGAM, usaha sepasukan digabung akhirnya kemenangan yang diimpikan menjadi kenyataan!
Tahun 2009 mencatat sejarah baru bagi Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong apabila berjaya bergelar JUARA di dalam Pertandingan Gulintangan antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab senegara kali ke 15 pada 21 November yang lalu. Pertandingan diselenggarakan oleh Sekolah Sukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan dan berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Sebanyak 9 buah pasukan bertanding pada pagi tersebut dan pasukan sekolah adalah pasukan yang terakhir untuk memperdengarkan melodi dan menunjukkan bakat serta koreografi dalam pertandingan itu.
Syabas diucapkan kepada kesemua peserta wakil Sekolah!
Setinggi penghargaan kepada Pentadbir Sekolah di atas segala sokongan dan buah pikiran yang diberikan, jurulatih-jurulatih, rakan sejawat dan semua warga Sekolah amnya.
Wednesday, 7 October 2009
Wednesday, 23 September 2009
Monday, 24 August 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)



