Upcoming Events / Activities

Upcoming Events / Activities

PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE 18 TAHUN 2012 - PERINGKAT SARINGAN
28 APRIL 2012
7:45 PAGI HINGGA SELESAI


Wednesday 25 November 2009

KAMI JUARA!
















Harapan yang dicurahkan DIPENUHI, peluang yang ada diAMBIL, janji untuk menang DIGENGGAM, usaha sepasukan digabung akhirnya kemenangan yang diimpikan menjadi kenyataan!

Tahun 2009 mencatat sejarah baru bagi Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong apabila berjaya bergelar JUARA di dalam Pertandingan Gulintangan antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab senegara kali ke 15 pada 21 November yang lalu. Pertandingan diselenggarakan oleh Sekolah Sukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan dan berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Sebanyak 9 buah pasukan bertanding pada pagi tersebut dan pasukan sekolah adalah pasukan yang terakhir untuk memperdengarkan melodi dan menunjukkan bakat serta koreografi dalam pertandingan itu.
Syabas diucapkan kepada kesemua peserta wakil Sekolah!
Setinggi penghargaan kepada Pentadbir Sekolah di atas segala sokongan dan buah pikiran yang diberikan, jurulatih-jurulatih, rakan sejawat dan semua warga Sekolah amnya.













Wednesday 7 October 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Menengah 3 & 5




Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kelayakkan Ogos lalu diadakan pada hari Isnin, 5hb Oktober 2009 di Dewan Serbaguna. Majlis dihadiri oleh ibubapa dan penjaga pelajar yang diraikan serta semua pelajar dari Menengah 3 dan 5.

Wednesday 23 September 2009

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru khasnya di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong, dan semua guru di Negara Brunei Darussalam.

Monday 24 August 2009

Gambar ramai pemenang dan ahli jawatankuasa kejohanan

Ahli Jawatankuasa bersama tetamu kehormat

Gabungan 4 buah Sekolah Rendah Daerah Tutong




Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Ban 5, Kilanas








Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang

Tempat ke-Tiga Bersama - Mahad Islam Brunei

Tempat Ke-Tiga Bersama - SM RIPAS

Naib Johan - Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Ban 5, Kilanas


Johan - Gabungan 4 Sekolah Rendah Daerah Tutong



Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat Awg. Ibrahim Bin Hj Abd Rahman. Pmk. Pengarah Tugas-Tugas Khas(Menengah), Kementerian Pendidikan




Aksi-aksi final kejohanan badminton jemputan bergu lelaki berpasukan - anjuran SM RIPAS (19/8/09)











Friday 3 July 2009

Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaasin





9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009 - Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong menunaikan sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaasin untuk memohon perlindungan dari berleluasanya wabak virus H1N1 yang melanda di Negara ini. Majlis diadakan di surau sekolah.

Thursday 11 June 2009

Sukan Bola baling (Handball) diperkenalkan..

Sukan bola baling atau handball mula diperkenalkan di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong. Satu perlawanan di antara guru-guru dan pelajar akan diadakan pada hari terakhir persekolahan penggal 2, hari Sabtu, 13 Jun ini. Pendaftaran dibukakan dan sambutan dari para pelajar sangat mengalakkan.

Sunday 7 June 2009

Pertandingan Gulingtangan Sekolah-Sekolah Menengah & Maktab-Maktab senegara peringkat saringan 6 Jun 2009


Pertandingan telah diadakan di Dewan Maktab Jururawat, Gadong pada 6 Jun 2009, jam 2 petang bagi sesi petang. Sebanyak 16 buah sekolah mempersembahkan persembahan dan sebanyak 10 buah sekolah sahaja yang terpilih untuk layak ke pertandingan peringkat akhir dan Sekolah Sukan, selaku tuan rumah, sebagai pasukan menunggu. Pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada 2 Julai 2009 di tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sekali lagi terpilih ke pertandingan peringkat akhir itu nanti.

Thursday 2 April 2009

Kembara Ke Pulau Kuraman

24 Mac, Selasa, Kelab Kembara Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong mengadakan aktiviti kembara ke Pulau Kuraman semasa cuti penggal pertama persekolahan. Seramai 13 peserta terdiri daripada guru-guru dan kakitangan turut serta dalam kembara tersebut. Aktiviti tersebut disokong oleh Badan Kebajikan Guru-Guru.

Aktiviti-aktiviti seterusnya yang dirancang termasuk Kembara ke Wasai Bedanu, Mungkom; Kembara ke Bukit Bujang Pahang, Menunggol dan aktiviti luar negeri yang juga dalam perancangan iaitu Kembara ke Gua Mulu, Miri, Sarawak. Penyertaan dibukakan kepada guru-guru, kakitangan serta keluarga, PIBG dan pelajar.


Sunday 15 March 2009

Kembara Ke Pulau Kuraman

Kelab Kembara Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan mengadakan Kembara Ke Pulau Kuraman musim cuti penggal pertama persekolahan pada 24 hb Mac 2009, hari Selasa.

Guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga dipelawa untuk menyertai. Kepada yang berminat sila daftar kepada Kelab Kembara. Tarikh akhir menerima pendaftaran dan bayaran pada 19hb Mac 2009, hari Khamis.

Bayaran bagi guru ialah $55 (sumbangan $20 dari Badan Kebajikan Guru-guru) sementara kakitangan dan ahli keluarga ialah $75.


Wednesday 11 March 2009

Perbarisan Lalu Hari Kebangsaan Ke-25 Tahun

Click on the picture to view more....