Upcoming Events / Activities

Upcoming Events / Activities

PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE 18 TAHUN 2012 - PERINGKAT SARINGAN
28 APRIL 2012
7:45 PAGI HINGGA SELESAI


Sunday 31 July 2011

Juara kali ke 3 berturut-turut...Alhamdulillah...


Alhamdulillah...sekali lagi pada tahun ini, Pasukan Gulintangan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berjaya meraih kejayaan apabila dinobatkan untuk kali ke 3 berturut-turut Juara dalam Pertandingan Gulintangan antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-Maktab senegara kali ke 17 tahun 2011

Acara berlangsung di Auditorium Maktab Duli PMAMB, Gadong pada 30hb Julai 2011. Sebanyak 6 buah pasukan bertanding termasuk Sekolah Menengah Syaiddina Othman, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Awang Semaun, PTE Meragang, Sekolah Menengah RIPAS dan Maktab Duli PMAMB.
Pasukan Sekolah (atau lebih dikenali di antara pemainnya dengan Irama Seri RIPAS) membawakan lagu Wajib 'Gendang Perang-irama Hujan belari' dan lagu pilihan 'Irama Seri RIPAS-Adun ku bima'. Mata yang diperolehi ialah sebanyak 81.2%, berbeza 0.2% dari pasukan Tuan Rumah..

Syabas dan tahniah kepada semua pemain. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak dan kepada juru-juru latih.. Tidak lupa juga kepada bekas pengetua SMRIPAS Cikgu Roslin bin Suhailee (sekarang Pemangku Penolong Pengarah Bhg Menengah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan) yang tidak kendur-kendur memberi semangat beliau kepada pasukan. Semoga usaha semua mendapat ganjaran daripada Allah jua...Amin...