Upcoming Events / Activities

Upcoming Events / Activities

PERTANDINGAN GULINTANGAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE 18 TAHUN 2012 - PERINGKAT SARINGAN
28 APRIL 2012
7:45 PAGI HINGGA SELESAI


Wednesday 30 June 2010

Kami Juara.






















Selasa, 29 Jun ~ Sekali lagi Pasukan Gulintangan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong mencatat sejarah apabila diistiharkan Juara dalam Pertandingan Gulintangan antara Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab-Maktab senegara kali ke 16 tahun 2010.

Acara berlangsung di Dewan Muhibbah, Berakas itu menampilkan 6 buah pasukan dengan membawakan sebuah lagu wajib dan sebuah lagu pilihan. Pasukan Gulintangan SMRIPAS, peserta ke 6 kelmarin, membawakan lagu wajib Gelombang Berteduh irama hujan berlari dan lagu pilihan Irama Seri RIPAS berjaya menambat hati 5 orang hakim dan sekaligus menobatkan Pasukan sebagai Juara dalam pertandingan berkenaan.

Lebih membanggakan lagi, pemain gulintangan Pasukan Sekolah iaitu seorang ahli baru, Rizal Azhiman bin Rasid (9Sc1) juga dipilih sebagai Pemain Gulintangan Lelaki terbaik di dalam pertandingan tersebut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain dan guru-guru pengawas yang telah bertungkus lumus membuat persediaan ke pertandingan tersebut dan ucapan penghargaan jutaan terima kasih kepada semua warga Sekolah yang terlibat.



Lawatan Sekolah Menengah Guangyang, Singapura ke SMRIPAS (23/06/2010)

Lawatan Sekolah Menengah Guangyang, Singapura ke SMRIPAS (22/06/2010)

Sukan Tahunan 2010 (03/06/2010)

Sukan Tahunan SMRIPAS 2010 (02/06/2010)